Surat 'cinta' ini digembar gemburkan ditulis oleh ibu kepada Ummi Nazeera yang mewakili keluarga pelakon itu dengan alasan hendak ditujukan kepada pelakon yang kena belasah 7 pisang, Remy Ishak. Memanag panjang surat berkenaan, kalau dalam SPM dapat A1 ni. Namun itulah yang terjadi, kan berbaik-baik semula itu lebih bagus, daripada bergaduh-gaduh dan dendam tiada kesudahan.
'" Kami sekeluarga berdiam diri selama ini agar siasatan dapat dijalankan pihak berkuasa, sekali gus ingin memberi ruang untuk kamu mengaku perbuatan yang kamu lakukan. Sebaliknya kamu masih lagi berterusan memberi kenyataan yang tidak benar hampir setiap hari menerusi media massa.
Masyarakat membaca dan mungkin percaya dengan apa yang kamu katakan, tapi Allah melihat apa yang sebenarnya kamu lakukan. Apapun alasannya, sebagai seorang lelaki kamu tidak berhak memukul anak gadis saya. Kamu belum ada apa-apa ikatan dengannya. Anak saya masih muda. Dia berhak berkawan dengan sesiapa saja.
Jangan jadikan isu dua darjat untuk menagih simpati. Sedangkan kamu sendiri pernah berjumpa saya dan bercakap dengan saya, bebas datang bersama anak saya ke restoran saya dan sering kali kamu datang ke perkarangan rumah saya untuk bertemu anak saya.
Bukan harta dan paras rupa yang dipandang. Tapi keikhlasan dan baik pekerti yang dinilaikan. Kamu rasa wajarkah apa yang kamu lakukan terhadap perempuan yang kamu mengaku menyayanginya?
Cinta dan kasih sayang adalah sesuatu yang mulia di sisi Allah, tiada paksaan mahupun kekasaran. Apatah lagi sanggup mengaibkan orang lain semata-mata untuk menutup kesalahan sendiri. Menggunakan nama Allah, menidakkan apa yang kamu lakukan.
Sebagai pelakon sepatutnya kamu memberi teladan yang baik kepada masyarakat. Tetapi kamu menjadikan diri kamu sebagai contoh yang terbaik sebagai artis yang teruk perilaku yang akan mencalit dunia artis dan mencemarkan dunia hiburan.
Mempertahankan diri dan memukul adalah dua perkara yang berbeza. Sejak bila pula kamu pandai membayar balik harta benda (telefon bimbit) Ummi yang kamu pecahkan setiap kali bertengkar? Jangan kamu memutarbelitkan kenyataan. Dayus bagi seorang lelaki memukul perempuan.
Untuk apa kamu dan keluarga kamu malu pada masyarakat sedangkan kamu tidak malu pada Tuhan, mendera kaum yang lemah. Kamu jangan bercakap mengenai kebenaran kalau kamu sendiri tidak tahu apa itu kebenaran.
Bukti kamu memukul anak saya ada pada saya dan laporan polis sudah pun anak saya buat. Malah perbuatan kamu juga mempunyai saksi, kamu sendiri mengetahuinya kerana kamu sendiri pernah memujuk salah seorang saksi agar tidak memberitahu kepada sesiapa. Adakah kamu lupa Zalimie? Atau kamu rasa kamu masih di pentas lakonan?
Kamu sekarang sebenarnya di pentas dunia apabila Allah yang menjadi saksinya. Sebagai hamba Allah kamu sepatutnya mengaku kesilapan kamu, sekalipun kamu tidak mahu memohon maaf
Kamu tanya diri kamu, siapakah yang sebenarnya yang tidak berperikemanusiaan dan tidak menggunakan akal serta fikiran yang Allah kurniakan. Sebagai ibu, saya berasa amat terkilan apabila mendapat tahu cerita sebenar daripada anak saya bagaimana beliau dikasari secara emosi dan fizikal sepanjang berkawan dengan kamu
Sebagai ibu, adakah kamu fikir saya akan terus berdiam diri? Apa hak kamu untuk melarang saya daripada bersuara? Sebagai ibu, saya wajib mencampuri urusan anak saya demi kesejahteraan dirinya. Saya juga hanya manusia biasa yang punya hati dan perasaan. Sebagai ibu yang pernah mengandungkan Ummi selama sembilan bulan, saya sudah tidak mampu lagi mendiamkan diri apabila melihat anak saya suatu ketika dulu pernah pecah dan berjahit di kepalanya, kini pecah di muka.
Saya berharap semua ibu bapa di luar sana akan mengambil kelalaian saya ini sebagai teladan. Saya amat bersyukur kepada Allah kerana kesedaran ini hadir sebelum benar-benar terlewat.Buat kamu Zalimie, saya doakan kamu akan insaf dan tidak akan mengulangi apa yang kamu lakukan kepada anak saya kepada mana-mana wanita lain di masa depan. Saya hanya mampu berdoa agar kamu akan diberi cahaya keinsafan untuk mengaku apa yang kamu lakukan dan tidak lagi terus berpura-pura.'"
Monday, 21 December 2009
Surat "IBU UMMI" kepada Remy Ishak
Posted by rozita at 20:06 0 comments
Tuesday, 15 December 2009
Sebab mata LELAKI GEMAR LIHAT Badan WANITA....
Posted by rozita at 22:37 0 comments
Monday, 14 December 2009
Di sebalik tragedi belasah REMY & Ummi Nazeera
Tapi dari email yang kami terima nie, ternyata ada sedikit “twist” dengan apa yang diceritakan oleh Remy Ishak. Benar atau tidak, kami memang tak tahu. Yang penting kita kenalah tunggu pengakuan dari Umi Nazeera dan keluarganya.
Tapi yang pelik, walau asyik kena pukul dek si Remy, gadis tersebut macam tak serik je duk pertahankan si Remy.. Mungkin sebab dek cinta monyet, maklumlah gadis tersebut belum sampai umur 20tahun lagi.. Masih buta dalam mengenal mana cinta sejati , mana cinta yang boleh membunuh….
Zaman sekarang ni kalau setakat muka jer hensem, digilai ramai tapi hakikatnya buruk laku… Baik lagi yang muka tak hansem atau anak orang susah tapi tahu budi bahasa, reti sopan santun dengan perempuan… "
Posted by rozita at 21:55 0 comments
ditumbuk & ditendang : Remy Ishak
1. 4 Disember – Malam selesai pementasan, Ummi Nazeera meminta untuk berjumpa Remy Ishak
2. Remy Ishak pergi ke kondominium Ummi Nazeera & berjumpa di’bawah.
3. Berlaku salah faham antara Remy Ishak & Ummi Nazeera dalam pertemuan tersebut.
4. Remy Ishak mendakwa Ummi Nazeera ada ambil ‘benda’ yang membuat Remy Ishak naik marah.
5. Remy Ishak mencampak telefon bimbit Ummi Nazeera. Pertengkaran terus berlaku.
6. Atas rasa bersalah, Remy Ishak minta maaf & berjanji akan mengganti telefon bimbit Ummi Nazeera yang di’rosakkan.
7. Ummi Nazeera seperti hilang akal menumbuk, menyepak & menendang Remy Ishak.
8. Remy Ishak berusaha untuk mengelak & salah satu tepisan terkena muka Ummi Nazeera.
9. Cincin di’tangan Remy Ishak menjadi punca kesan bengkak di’pipi Ummi Nazeera.
10. 5 Disember – Remy Ishak di’pukul di Istana Budaya
Posted by rozita at 21:49 0 comments
KENA BELASAH!!!! Remy Ishak - ADAM
Posted by rozita at 21:36 0 comments
Tuesday, 1 December 2009
Monday, 23 November 2009
nisa kena eczema
Posted by rozita at 20:45 0 comments
Thursday, 19 November 2009
racun CINTA
Pasangan yang sedang bercinta sering merasakan hidup mereka begitu indah dan bahagia. Namun jangan terlalu selesa dengan hubungan cinta yang terjalin.Hakikatnya, cinta seperti sepohon pokok yang baru ditanam. Ia perlu sentiasa dibaja dan disiram agar kekal subur. Jangan sekali-kali membiarkan pohon yang anda jagai itu dimakan anai-anai, ulat atau serangga perosak yang lain.Begitu jugalah dengan cinta. Kasih sayang yang melimpah ruah bukan jaminan untuk memastikan cinta yang terjalin itu akan kekal bahagia selamanya.Namun apa yang paling penting, jauhkan percintaan yang terjalin daripada racun-racun yang boleh merosakkan dan akhirnya, membinasakan cinta. Paling bahaya, racun cinta selalunya bukan hadir daripada orang lain, sebaliknya wujud di dalam diri anda sendiri.Mungkin kamu tidak tahu akan racun yang dimaksudkan. Oleh itu, ikuti panduan dibawah. Usir racun yang ada di dalam diri anda itu dan tukarkannya dengan penawar yang bersesuaian.
Racun 1: Berbohong
Apabila si dia mengajak anda makan di restoran makanan segera kegemarannya, anda sentiasa mengikut tanpa sebarang bantahan. Kemudian apabila si dia bertanya tentang makanan yang dihidangkan, anda menyatakan makanan di situ sangat sedap dan kena dengan selera anda. Hakikatnya di dalam hati, anda merungut kerana tidak berselera menjamu selera di situ dan berharap itulah kali terkahir anda menjamu selera di restoran tersebut
Penawar: Jujur
Pembohongan paling elok jika digantikan dengan sifat jujur dan berterus-terang. Mungkin untuk kali pertama anda terpaksa berbohong kerana tidak sampai hati untuk mengecewakannya. Tetapi jika pembohongan demi pembohongan anda lakukan secara berterusan, nescaya ia akan memakan diri anda sendiri pada masa akan datang. Tidak perlu takut untuk mengatakan perkara sebenar kerana kejujuran yang anda nyatakan lebih bermakna kepada si dia daripada menjamu selera di restoran tersebut.
Racun 2: Egois
Tidak dinafikan di dalam diri setiap individu punya sikap ego walaupun kecil. Malah ada juga segelintir orang yang mahu keinginannya dituruti walaupun untuk perkara-perkara yang terlalu kecil. Namun harus dingat, permintaan tersebut perlulah relevan dengan keadaan dan situasinya.Apabila si dia menolak permintaan anda, mulut anda tidak henti-henti mengomel dan menuduh si dia mementingkan diri sendiri. Namun apabila anda diminta melakukan sesuatu dengan mudah anda menolak. Apabila si dia memberontak, anda tuduh pula si dia tidak mengerti perasaan anda. Langsung tiada tolak ansur dalam hubungan yang terjalin.
Penawar: Memahami
Salah satu kunci keharmonian dan kebahagiaan dalam sesebuah perhubungan adalah sikap saling memahami dan bertolak ansur antara satu sama lain. Memang diakui adakalanya sukar untuk menahan diri kita daripada terus bersikap egois, namun ada masanya kita juga perlu memikirkan hati dan perasaan orang lain.Cara terbaik untuk menghilangkan sikap egois dalam diri anda, cubalah letakkan diri anda di tempat pasangan anda apabila anda meminta si dia melakukan sesuatu. Fikirlah wajar atau tidak permintaan anda itu dituruti dan adakah diri anda sendiri sanggup untuk melakukannya? Apabila anda sentiasa berfikir begitu, keputusan serta permintaan yang keluar daripada mulut anda pastinya lebih rasional dan tidak diselubungi oleh perasaan egois semata-mata.
Racun 3: Curiga
Seorang wanita menelefon teman lelaki anda. Tanpa sebarang usul periksa anda mengatakannya curang. Pada mulanya, pergaduhan yang tercetus hanya kecil sahaja tetapi anda terus mengungkit kisah-kisah lama termasuklah hubungannya dengan bekas kekasih dahulu.Sedangkan wanita yang menelefonnya itu hanyalah teman sepejabat dan mahu bertanyakan perkara yang berkaitan dengan kerja yang amat penting. Sikap anda yang curiga tanpa usul periksa itu hanya akan mengeruhkan keadaan dan tanpa anda sedari ia mampu menggugat hubungan cinta yang telah sekian lama terbina itu.
Penawar: Percaya
Jika selama ini si dia terbukti setia kepada anda, tiada sebab untuk anda mencurigainya dengan hanya satu panggilan telefon yang dibuat oleh teman sepejabatnya. Sebaiknya anda minta penjelasan daripadanya dan si dia pasti bersedia untuk menjelaskannya kerana dia tidak pernah bersalah kepada anda.Jika anda terus meletakkan kesalahan kepadanya, tidak mustahil kekasih anda yang setia itu akan benar-benar 'bermain kayu tiga' di belakang anda. Maklumlah daripada terus dituduh sedangkan si dia tidak melakukannya, lebih baik dia melakukannya betul-betul. Sekurangnya-kurangnya si dia berpuas hati dengan tuduhan yang anda lemparkan itu.
Racun 4: Posesif
Janganlah bersikap terlalu posesif terhadap pasangan anda. Atau dengan erti kata lain terlalu mengawalnya sehingga sampai ke tahap mengongkong. Malah anda sanggup menghabiskan ratusan ringgit setiap bulan semata-mata untuk mengetahui pergerakannya. Apa tidaknya, setiap lima minit anda akan menelefonnya.Bukan untuk bertanya khabar sebaliknya untuk memastikan si dia sedang bersama siapa atau di mana berada. Sikap anda yang terlalu posesif itu akhirnya akan membuatkan si dia tidak selesa. Lebih teruk apabila si dia meminta untuk memutuskan perhubungan atas alasan tidak selesa dengan sikap anda itu.
Penawar: Beri ruang 'privacy'
Sesiapa sahaja di dunia ini memerlukan ruang 'privacy' sendiri. Oleh itu, jika anda tidak mahu hubungan yang terbina berantakan, percayalah kepadanya dan biar si dia menjalani kehidupannya sepertimana yang dikehendakinya. Tidak salah untuk memerhati atau menegur, tetapi biarlah berpada-pada dan dengan cara yang betul. Jika anda melakukannya secara tidak keterlaluan, si dia pasti akan lebih menghargai anda yang sentiasa berada di sisinya apabila dia memerlukan.
Racun 5: Main-main mata
Manusia memang tidak pernah puas dengan apa yang diperolehinya. Sudah punya teman lelaki yang kacak dan baik hati, tetap akan menjeling ke arah lelaki lain apabila berkesempatan. Sikap anda yang suka bermain mata dengan lelaki lain ini sebenarnya mampu merosakkan hubungan cinta yang terjalin.
Mungkin anda hanya berniat untuk 'main-main sahaja', tetapi bagaimana jika lelaki yang anda jeling itu memberikan responnya? Pasti boleh menimbulkan sengketa. Malah bukan semua pasangan kekasih boleh menerima perlakuan yang sebegitu. Ini kerana ianya boleh mencabar status mereka sebagai teman lelaki anda.
Penawar: Setia
Jalan terbaik belajarlah untuk bersikap setia dengan pasangan masing-masing. Sudah pasti si dia merupakan kekasih yang terbaik buat anda. Ini kerana selama anda berhubungan mesra dengannya, tidak pernah si dia menjeling atau memandang ke arah wanita lain walaupun wanita tersebut jauh lebih cantik dan seksi daripada anda. Itu membuktikan si dia menghargai anda yang berada di sisinya. Jika si dia boleh melakukannya, tiada alasan untuk anda terus mencuri pandang ke arah lelaki lain.
Posted by rozita at 19:01 0 comments
Sunday, 8 November 2009
tanda KEKASIH cemburu buta
Posted by rozita at 19:20 0 comments
Wednesday, 4 November 2009
Tuesday, 3 November 2009
Suami Setia
Seorang suami baru kematian isteri yang amat dikasihinya. Ketika suasana kesedihan di tanah perkuburan, sesudah imam membaca taklin, si suami terus menyiram air mawar, bukan satu cerek atau satu jar seperti kebiasaan orang, malah terus satu baldi.
Posted by rozita at 20:34 0 comments
Monday, 2 November 2009
Tanah runtuh: Laluan Rawang-Kuala Lumpur dibuka semula
Bagaimanapun susur Selayang Heights menuju ke ibu negara masih ditutup sehingga kerja-kerja pembersihan selesai
Posted by rozita at 22:27 0 comments
Laluan Selayang-Templer ditutup akibat tanah runtuh
Posted by rozita at 22:23 0 comments
Thursday, 29 October 2009
Cute nyer anak dia...( Rayyan)
Posted by rozita at 21:40 0 comments
nuffnang...
i'm heppy sangat2 becoz, i dah daftar akaun dekat nuffnang...
so BERJAYA....hoorey....
bermulalah ku dengan jana pendapatan dengan NUFFNANG....
thanks pada yang membantu.....
Posted by rozita at 21:33 0 comments
Thursday, 8 October 2009
gelagat NISA
dia suka sangat main BA...BA...CAK ngn orang...siap main nyorok-nyorok lagi tu.
macam-macam perangai yang dia dapat. lagi la lepas pandai berjalan ni...
Kita tengok gelagat nisa ....MACAM-MACAM NISA............
Posted by rozita at 21:12 2 comments
Monday, 28 September 2009
Selamat Hari Raya,...
pejam celik, pejam celik, Nisa dah 1 tahun 3 bulan....
Raya ni meriah sangat sebab nisa dah boleh jalan...seronok tgk dia bebas....kesana ke mari...
Tahun ini, giliran beraya di rumah mertua, walaupun tidak dapat beraya bersama keluargaku di Terengganu, sekurang-kurangnya aku dapat beraya bersama suami dan anak tercinta....
love u all so much....... Lihat la gambar keseronokan di hari raya.....
Posted by rozita at 21:13 0 comments