BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday 21 December 2009

Surat "IBU UMMI" kepada Remy Ishak

Surat 'cinta' ini digembar gemburkan ditulis oleh ibu kepada Ummi Nazeera yang mewakili keluarga pelakon itu dengan alasan hendak ditujukan kepada pelakon yang kena belasah 7 pisang, Remy Ishak. Memanag panjang surat berkenaan, kalau dalam SPM dapat A1 ni. Namun itulah yang terjadi, kan berbaik-baik semula itu lebih bagus, daripada bergaduh-gaduh dan dendam tiada kesudahan.

'" Kami sekeluarga berdiam diri selama ini agar siasatan dapat dijalankan pihak berkuasa, sekali gus ingin memberi ruang untuk kamu mengaku perbuatan yang kamu lakukan. Sebaliknya kamu masih lagi berterusan memberi kenyataan yang tidak benar hampir setiap hari menerusi media massa.

Masyarakat membaca dan mungkin percaya dengan apa yang kamu katakan, tapi Allah melihat apa yang sebenarnya kamu lakukan. Apapun alasannya, sebagai seorang lelaki kamu tidak berhak memukul anak gadis saya. Kamu belum ada apa-apa ikatan dengannya. Anak saya masih muda. Dia berhak berkawan dengan sesiapa saja.

Jangan jadikan isu dua darjat untuk menagih simpati. Sedangkan kamu sendiri pernah berjumpa saya dan bercakap dengan saya, bebas datang bersama anak saya ke restoran saya dan sering kali kamu datang ke perkarangan rumah saya untuk bertemu anak saya.

Bukan harta dan paras rupa yang dipandang. Tapi keikhlasan dan baik pekerti yang dinilaikan. Kamu rasa wajarkah apa yang kamu lakukan terhadap perempuan yang kamu mengaku menyayanginya?

Cinta dan kasih sayang adalah sesuatu yang mulia di sisi Allah, tiada paksaan mahupun kekasaran. Apatah lagi sanggup mengaibkan orang lain semata-mata untuk menutup kesalahan sendiri. Menggunakan nama Allah, menidakkan apa yang kamu lakukan.

Sebagai pelakon sepatutnya kamu memberi teladan yang baik kepada masyarakat. Tetapi kamu menjadikan diri kamu sebagai contoh yang terbaik sebagai artis yang teruk perilaku yang akan mencalit dunia artis dan mencemarkan dunia hiburan.

Mempertahankan diri dan memukul adalah dua perkara yang berbeza. Sejak bila pula kamu pandai membayar balik harta benda (telefon bimbit) Ummi yang kamu pecahkan setiap kali bertengkar? Jangan kamu memutarbelitkan kenyataan. Dayus bagi seorang lelaki memukul perempuan.

Untuk apa kamu dan keluarga kamu malu pada masyarakat sedangkan kamu tidak malu pada Tuhan, mendera kaum yang lemah. Kamu jangan bercakap mengenai kebenaran kalau kamu sendiri tidak tahu apa itu kebenaran.

Bukti kamu memukul anak saya ada pada saya dan laporan polis sudah pun anak saya buat. Malah perbuatan kamu juga mempunyai saksi, kamu sendiri mengetahuinya kerana kamu sendiri pernah memujuk salah seorang saksi agar tidak memberitahu kepada sesiapa. Adakah kamu lupa Zalimie? Atau kamu rasa kamu masih di pentas lakonan?

Kamu sekarang sebenarnya di pentas dunia apabila Allah yang menjadi saksinya. Sebagai hamba Allah kamu sepatutnya mengaku kesilapan kamu, sekalipun kamu tidak mahu memohon maaf

Kamu tanya diri kamu, siapakah yang sebenarnya yang tidak berperikemanusiaan dan tidak menggunakan akal serta fikiran yang Allah kurniakan. Sebagai ibu, saya berasa amat terkilan apabila mendapat tahu cerita sebenar daripada anak saya bagaimana beliau dikasari secara emosi dan fizikal sepanjang berkawan dengan kamu

Sebagai ibu, adakah kamu fikir saya akan terus berdiam diri? Apa hak kamu untuk melarang saya daripada bersuara? Sebagai ibu, saya wajib mencampuri urusan anak saya demi kesejahteraan dirinya. Saya juga hanya manusia biasa yang punya hati dan perasaan. Sebagai ibu yang pernah mengandungkan Ummi selama sembilan bulan, saya sudah tidak mampu lagi mendiamkan diri apabila melihat anak saya suatu ketika dulu pernah pecah dan berjahit di kepalanya, kini pecah di muka.

Saya berharap semua ibu bapa di luar sana akan mengambil kelalaian saya ini sebagai teladan. Saya amat bersyukur kepada Allah kerana kesedaran ini hadir sebelum benar-benar terlewat.Buat kamu Zalimie, saya doakan kamu akan insaf dan tidak akan mengulangi apa yang kamu lakukan kepada anak saya kepada mana-mana wanita lain di masa depan. Saya hanya mampu berdoa agar kamu akan diberi cahaya keinsafan untuk mengaku apa yang kamu lakukan dan tidak lagi terus berpura-pura.'"

Tuesday 15 December 2009

Sebab mata LELAKI GEMAR LIHAT Badan WANITA....







Malam pasangannya siang,Jaga pasangannya tidur,Rajin pasangannya malas,Dan lelaki pasangannya perempuan.

Kerana perempuan adalahpasangan kepada lelaki,maka Allah telah menciptakan bentuk badan wanitaitu dapat memikat hati lelaki.

Bila berkata tentang terpikat,maka ia ada hubung kait dengan nafsu.Jika ia ada hubungkait dengan nafsu,ianya ada hubungan pula dengan bisikan syaitan.

Jadi untuk mengawal nafsu, mestilah dikawal dengan iman.Untuk mendapatkan iman mesti menurut perintahAllah dan RasulNya dan menjauhi laranganNya.
Pada mata lelaki, perempuan ini adalah simbol.Simbol apa, semua orang tahu.Orang lelaki mempunyai imaginasi yang nakal jikatidak dikawal dengan iman.Maka mata lelaki ini selalu menjalarapabila terlihat seorang perempuan.

Setiap bentuk badan seorangperempuan boleh dihayati oleh seorang lelakidengan berbagai-bagai tafsiran nakal nafsu.Apabila seorang lelaki terlihat seorangperempuan, maka perkara pertama yang akandilihatnya ialah rambut wanita berkenaan.Maka akan ditafsirlah berbagai2 cara olehseorang lelaki akan rambut wanita berkenaan.

Oleh kerana itulah wanita wajib menutup rambutnya.Apabila rambut wanita itu telah ditutup, makamata lelaki itu akan turun ke bawah melihatbentuk lehernya,maka wajiblah wanita itu menutup lehernya.Maka mata lelaki itu akan turun lagimelihat bentuk payu daranya,maka wanita itu berkewajipanlah menutup bentukpayu daranya dengan melabuhkan tudungnya.

Setelah itu mata lelaki akanturun lagi melihatbentuk ramping pinggangnya,maka labuhkanlah pakaian supaya tidak ternampakbentuk pinggangnya,maka mata lelaki itu akan melihat pula akanbentuk punggungnya,maka wajiblah wanita itu membesarkan pakaiannyaagar bentuk punggung tidak kelihatan, danlelaki itu akan pula melihat bentuk pehanya,maka janganlah sesekali wanita itu memakai kainyang agak ketat sehingga terlihat bentukpehanya walau sedikit,maka akan dilihat lagi oleh lelaki itu akanbentuk kakinya pula,maka janganlah wanita itu berseluar, keranaterus-terang pihak lelaki bercakap, walaumuslimah itu bertudung labuh, berbaju labuh,jika beliau memakai seluar,walau nampak besarsedikit, nafsu kami lelaki akan terusik secarasepontan, entah tak tahu Kenapa?

Mata lelaki ini nakal, setelah tidak ternampakakan bentuk kakinya,maka akan dilihatlah pula akan mata lelaki itu kepada kakinya,maka wajiblah wanita itu untuk menolong lelakiitu tidak berdosa, menutup kakinya denganmelabuhkan kain, atau memakai stokinyg warnanyajangan sesekali berwarna kulit perempuan,maka mata lelaki ini akan kembali ke atas,akan melihat pula bentuk tangan wanita itu,maka tolonglah wahai muslimah, agar melabuhkantudung menutupi bentuk tangannya yang indah pada pandangan lelaki.

Maka wahai lelaki,janganlah pula kamu melihat mukanya,kerana ia akan menimbulkan fitnah, kecuali jikakamu wahai lelaki, ingin meminangnya.Jika wanita itu cukup soleh, takut mukanya yangcantik akan menimbulkan fitnah,maka berpurdahlah kamu,jika itu lebih baik untuk kamu.

Tetapi mata lelaki ini ada satu lagi jenispenyakit,iaitu matalelaki itu akan tertangkap dengan sepontan jikaia terlihat warna yang menyerlah atau terangjika ianya berada pada perempuan.

Maka oleh itu wahai perempuan, tolonglah janganmemakai pakaian yang warnanya terang-terangan sangat.Jika hendak pakai pun, pakailah untuk suami.Itulah wahai muslimah, jika anda semua ingin tahuapakah dia mata lelaki itu, dan perludiingatkan, jika semua aurat telah ditutup,jangan anggap tugas kita telah selesai, perlulahpula kita menjaga kehormatan diri masing2,jangan keluar seorang2,keluarlah denganmahram, atau keluarlah sekurang2nya 3 wanita agartidak diganggu gangguan luar, mata lelaki pulajanganlah menjalar langsung kepada muslimah,walau muslimah itu telah menutup aurat,insyaAllah selamat dunia akhirat.

Seperti firman Allah,"Dan tundukkanlah pandanganmudan jagalah kemaluanmu".Dunia sekarang telah banyak yang cacat celanya,sehingga ketaraf seseorang yang memakai tudungmasih beliau tidak menutup aurat, dan pada kaumlelaki, mata kamu itu wajib untuk tidakmencuri2 melihat wanita muslimah, kerana iadilarangi oleh Allah SWT.
Ingat-ingatkanlah wahai muslimin muslimat.Sekilau-kilau berlian paling menarik untuk dicuri..Seindah-indah ciptaan adalah yang paling sukar untuk dijaga

Monday 14 December 2009

Di sebalik tragedi belasah REMY & Ummi Nazeera


Kesahihan gosip ini sangat-sangat diragui kerana tidak diketahui sumbernya. Baca boleh percaya jangan


Semalam kami dah janji nak keluarkan satu email dari pembaca yang menggelarkan dirinya LadyD. LadyD mempunyai info menarik tentang pembelasahan Remy Ishak. Macam yang kita semua tau, setakat nie Remy seorang je yang telah keluarkan kenyataan. Nampak seolah-olah Remy tak bersalah dalam hal nie kan?
Tapi dari email yang kami terima nie, ternyata ada sedikit “twist” dengan apa yang diceritakan oleh Remy Ishak. Benar atau tidak, kami memang tak tahu. Yang penting kita kenalah tunggu pengakuan dari Umi Nazeera dan keluarganya.

Di bawah adalah email yang kami terima. Kami tak ubah satu patah perkataan pun.

" Saya terbaca komen kononnya da cerita tulis Umi upah org pukul sebab Remy minta clash,lalu rasa betul2 tak puas hati,terpanggil untuk memberi komen di atas penulisan tersebut.

Untuk pengetahuan semua peminat semua, tidak timbul soal Umi upah orang pukul Remy, yang memukul Remy tu abang Ummi, Pakcik dia dan boddyguard famili diorang.

SEBENARNYA, sehari sebelum Remy kena pukul, si Remy ni dah belasah Ummi sampai pecah muka kena pukul dgn telefon. Kejadian berlaku di bawah rumah Ummi sendiri, barulah terbongkar cerita sampai ke pengetahuan keluarga Ummi.. Rupa-rupanya ni dah berkali2 Ummi kena belasah teruk sampai 2 kali terima rawatan di Ampang Puteri.

Sudah lah Remy asyik bagi kenyataan tak mengaku, dayus betul…. Saya kenal keluarga gadis tersebut sejak dia kecil lagi, sampai sekarang. Memang keluarga dia berada, tapi tak pernah pulak mereka menghalang anak gadis mereka berkawan dengan sesiapa saja. Buktinya hampir 2 tahun apa Remy berkawan dengan gadis tersebut,dan sepanjang tempoh tersebut keluarga tak pernah menghalang…

Tapi kalau dah terbongkar rupanya anak gadis mereka asyik kena kikis duit, kena pukul, memang la makbapak mana akan tahan…. Takkan dia orang nak duduk berpeluk tubuh tunggu anak masuk ICU baru nak bertindak??

Tapi yang pelik, walau asyik kena pukul dek si Remy, gadis tersebut macam tak serik je duk pertahankan si Remy.. Mungkin sebab dek cinta monyet, maklumlah gadis tersebut belum sampai umur 20tahun lagi.. Masih buta dalam mengenal mana cinta sejati , mana cinta yang boleh membunuh….

Zaman sekarang ni kalau setakat muka jer hensem, digilai ramai tapi hakikatnya buruk laku… Baik lagi yang muka tak hansem atau anak orang susah tapi tahu budi bahasa, reti sopan santun dengan perempuan… "

ditumbuk & ditendang : Remy Ishak


Makin panas nampaknya kisah Remy Ishak dibelasah baru-baru nie. Boleh dikatakan semua suratkhabar hari Ahad pun keluarkan penjelasan cerita dari Remy Ishak nie. Susah nak cakap siapa yang bersalah dalam hal nie. Malah kami ada dapat satu email yang menceritakan sebenarnya Remy yang bersalah dalam hal nie. Nanti esok kami kongsikan email tersebut bersama anda semua.


Inilah penerangan Remy Ishak tentang pembelasahan yang terjadi. Kes ini bertambah berat sebab Remy mengakui yang orang-orang yang datang membelasah dia diupah oleh keluarga Ummi Nazeera. Betul atau tidak, kita kena tunggu penjelasan dari Ummi Nazeera dan keluarganya.


1. 4 Disember – Malam selesai pementasan, Ummi Nazeera meminta untuk berjumpa Remy Ishak
2. Remy Ishak pergi ke kondominium Ummi Nazeera & berjumpa di’bawah.
3. Berlaku salah faham antara Remy Ishak & Ummi Nazeera dalam pertemuan tersebut.
4. Remy Ishak mendakwa Ummi Nazeera ada ambil ‘benda’ yang membuat Remy Ishak naik marah.
5. Remy Ishak mencampak telefon bimbit Ummi Nazeera. Pertengkaran terus berlaku.
6. Atas rasa bersalah, Remy Ishak minta maaf & berjanji akan mengganti telefon bimbit Ummi Nazeera yang di’rosakkan.
7. Ummi Nazeera seperti hilang akal menumbuk, menyepak & menendang Remy Ishak.
8. Remy Ishak berusaha untuk mengelak & salah satu tepisan terkena muka Ummi Nazeera.
9. Cincin di’tangan Remy Ishak menjadi punca kesan bengkak di’pipi Ummi Nazeera.
10. 5 Disember – Remy Ishak di’pukul di Istana Budaya

KENA BELASAH!!!! Remy Ishak - ADAM


Sedih dan sungguh menyedihkan. Mesti ramai awek-awek kat luar sana yang tengah bengang sebab pakwe @ hero feveret diorang, si Remy Ishak nie kena belasah. Nie real punya kena belasah nie. Bukan lakonan atau cobaaan. Tiada yang benar melainkan benar belaka


Remy Ishak dibelasah oleh sekumpulan lelaki pada hari Jumaat lepas selepas selesainya pementasan Teater Natrah. Macam biasalah lepas habis show ada sesi beramah mesra bersama penonton. Pembelasah-pembelasah nie berlagak macam penonton dan mengambil kesempatan untuk hentam Remy masa dia berseorangan. Cedera jugaklah kepala ngan kaki si Remy Ishak nie. Cian kat dia


Sebab musabab dibelasah hanyalah Remy Ishak sahaja yang tau. Mungkin sebab ada orang jeles dia hensem. Mungkin sebab ada orang jeles dia dapat berlakon ngan Maya Karin. Mungkin jeles sebab dapat bayaran tinggi untuk Natrah. Kami tak tahu apa sebab sebenarnya. Kita nantikan penjelasan daripada tuan punya badan nanti.

Buat Remy, semoga tabah menghadapi cabaran dan liku ranjau bergelar seorang pelakon. Teruskan usaha anda. Kata orang, alah bisa tegal biasa. Buat derk ajer ngan semua nie. Biasalah kat dunia nie mana ada semua orang suka kat kita. Mesti ada yang benci dan cemburu dengan kejayaan kita. Pedulikan mereka-mereka itu

Tuesday 1 December 2009

nur nisa - 1 year 5 month






dah makin besar my girl/....