BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday 30 November 2010

FUNFAIR - weekend

rasanya dah lama tak bawak nisa jalan-jalan. tak bersuka ria bersama suami dan anak. semalam memang nak sangat bergumbira. ingatkan nak bawak nisa pegi Zoo ..tapi terpaksa dibatalkan niat tersebut coz, asben de keje lain. so, tak jadi nak bawak nisa jejalan tengok animals...mesti dia suka..kan..kan...nisa kan....huhuhuhu

untuk capai hasrat bergumbira juga, malam tu asben ajak kuar..ingatkan nak pergi mana. rupa-rupanya pegi fun fair. sampai je kat sana kawan dia memang dah menunggu. patut ler beria-ria sangat ajak keluar.. dah janji together-gether dengan kawan dia. tapi, tak pe la . daripada duk terperuk lam rumah . lebih baik keluar kan. walaupun dekat rawang tu jer. Boleh jugak bawak nisa main-main dekat fun fair tu. nisa looks happy. semua dia nak main. ayah dia pun sama. excited lebih. siap leh pegi main tembak-tembak lagi tu....

gambar yang sempat disnap...scroll bawah...

nisa takut dikelilingi bear2 besar

nisa look happy. sasaran nisa yg 1st. suka sangat main tu. sama la lau pergi supermarket pun. itu yg dia mintak dulu.




 nisa ngah tengok kwn ayah main baling-baling bola..

 bear yang banyak. best kan lau de koleksi sebanyak ini di rumah...drpd byk2 tu, dapat satu je..kira ok la kan...dapat gak hadiah tuk nisa....huhuhuhu

 ayah nak start game menembak.

 daripada 10, dapat tembak 7 je..nant cuba lagi ye ayah.

 baby pun nak join. zura's daughter. husband's friend

 awin & her son, Adam. -isteri n anak kawan husband

tini, kentong, nisa & asben...bergambar before balik....

opss...wait, kenapa gambar saya tiada....uwaaa...mana aci...coz, kita yg jadi camerawoman...huhuhu..tak pe.lain kali kita jadi model plak....alright?


^^ seronok jugak dapat bergumbira beramai-ramai. next planning to Langkawi..InsyaAllah. ^^




NOVEL - DIA DIHATIKU

Cinta itu pernah hilang dari hidupnya. Pernah
terlepas daripada dakapan kasihnya. namun tidak dari
hati dan perasaannya. Kembali ke pangkuan kekasih
hati, dia leka mengulit bahagia. Dia terlena dalam
pelukan asmara hingga melupakan kasih sayang insan
kedua. Dan membiarkan permata hatinya tertanya-
tanya......menimbulkan riak-riak curiga antara mereka....



Bermula cerita dengan sebuah kisah luka di Ujong Padang, cerita lara seorang isteri ditinggal suami dengan empat anak, sedangkan pengajian kedoktoran  masih belum selesai.  Teah atau Fatihah Serigar meninggalkan anak-anak yang baru seminggu dilahirkan di bawah jagaan ayah dan ibunya, membawa hati yang luka juga tuntutan sebagai pelajar ke kota London.

Fitria Sharmaine, kelahiran yang membawa kembali sinar yang pudar dalam keluarga Dato Sham-Datin Hariah.  Manja dan menjadi kesayangan semua keluarga.  Bijak dan cantik jadi rebutan kawan sekolah. 

Firzee dan Firza, kembar kesayangan Fatihah, kerana mereka dia sanggup menjadi isteri rahsia.  Menyulam kasih dengan satu-satunya lelaki yang bertakhta dihatinya, meski telah dua kali dikecewakan.

Nahida Azwa, anak angkat Datin Hariah, menjalin cinta dengan abang angkatnya.  Bagaimanakah mereka dapat merealisasikan cita-cita hidup bersama, sedangkan Datin Hariah sudah ada rancangan untuk keduanya

actually, aku cuba untuk mendalami cerita dalam novel ni..tapi tidak tahu dimana penghujungnya.
yang mana satu hero/heroin..tengok macam Dato' Sham tetapi cerita banyak mengolahkan tentang karenah Fitria.
pe2 pun ok la...dapat jugak menghabiskan novel tebal ni yang sebanyak 758 mukasurat. Cuba korang plak yang baca. best..not bad la..
selamat membaca semua...

Monday 29 November 2010

NEWS - AL FATIHAH untuk STAFF AL RAJHI BANK HQ

Tragedi Pokok Tumbang - Kakitangan Bank Maut

kejadia berlaku di :

Persiaran MAYBANK
Off Jalan Raja Chulan
Kuala Lumpur
29/11/2010 & 08:30am


KUALA LUMPUR: Hanya deraian air mata pilu dapat menggambarkan kesedihan seorang isteri ketika mencium mayat suaminya yang berlumuran darah akibat dihempap tunggul pokok tumbang secara tiba-tiba berhampiran Hutan Simpan Bukit Nanas, di sini, semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 8.30 pagi itu, Hayati Husin, 30-an hanya mampu bersujud sambil mendakap kepala suaminya yang ditimpa batang pokok sebesar dua pemeluk.

Sumber polis trafik berkata, kemalangan ngeri itu berlaku apabila Mohd Helmi Hussin, 37, sedang menunggang motosikal bersendirian arah Jalan Raja Chulan, di sini.

Menurutnya, sebatang tunggul pokok setinggi kira-kira 10 meter tiba-tiba tumbang lalu menimpa mangsa yang dipercayai tidak sempat mengelak.

“Difahamkan, mangsa baru saja menghantar isterinya Hayati yang bekerja di sebuah bank tidak jauh dari lokasi kejadian sebelum menaiki motosikal untuk ke tempat kerjanya di sebuah bank berhampiran Jalan Raja Chulan, di sini.

“Namun, selepas beberapa minit menghantar isterinya, mangsa dihempap tunggul pokok yang rebah menyilang di jalan berkenaan. Kejadian itu menyebabkan kepala dan tubuh mangsa cedera parah dan dia mati di lokasi kejadian,” katanya.

Isteri mangsa yang dimaklumkan berhubung kejadian itu oleh rakan sekerja bergegas ke lokasi kejadian.

Suasana di tempat kejadian menjadi pilu apabila Hayati dipapah rakan tidak dapat menahan sebak dan kemudian bersujud sambil mencium kepala suaminya sebagai tanda kasih.

Episod sedih itu turut meruntun hati beberapa anggota polis trafik dan orang ramai yang mengerumuni lokasi kejadian.

Anggota polis trafik bersama anggota bomba dan penyelamat serta kakitangan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) berusaha memindahkan mayat mangsa selain mengalihkan batang pokok terbabit yang menghalang laluan.

Hayati kemudian turut menaiki kenderaan polis menghantar jenazah suaminya ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk dibedah siasat.

Bapa saudara Hayati yang hanya mahu dikenali sebagai Pak Ngah berkata, dia menerima panggilan telefon daripada anak buahnya memberitahu mengenai kemalangan kira-kira jam 9 pagi.

Dia yang dalam perjalanan ke Port Dickson, Negeri Sembilan, bergegas pulang ke ibu kota dan terus ke HKL.

Menurutnya, melalui gambar dirakam kawan arwah di tempat kejadian, dia mendapati pokok itu sudah reput. Katanya, kejadian malang itu mungkin dapat dielak jika pihak bertanggungjawab melakukan pemantauan dan menebang pokok yang boleh membahayakan nyawa.

“Namun, kami reda dengan apa yang berlaku dan berharap perkara seumpama itu tidak berulang,” katanya.

Jenazah mangsa disembahyangkan di Masjid HKL sebelum dibawa ke kampung halaman mangsa di Ipoh, Perak untuk dikebumikan.












^^ petikan dari : Harian Metro ^^

Sunday 28 November 2010

MENCARI KETENANGAN HATI

Ketenangan itu dicapai melalui zikrullah. Namun zikrullah yang bagaimana dapat memberi kesan dan impak kepada hati? Ramai yang berzikir tetapi tidak tenang. Ada orang berkata, “ketika saya dihimpit hutang, jatuh sakit, dicerca dan difitnah, saya pun berzikir. Saya ucapkan subhanallah, alhamdulillah, Allah hu Akbar beratus-ratus malah beribu-ribu kali tetapi mengapa hati tidak tenang juga?”

Zikrullah hakikatnya bukan sekadar menyebut atau menuturkan kalimah. Ada bezanya antara berzikir dengan “membaca” kalimah zikir. Zikir yang berkesan melibatkan tiga dimensi – dimensi lidah (qauli), hati (qalbi) dan perlakuan (fikli). Mari kita lihat lebih dekat bagaimana ketiga-tiga dimensi zikir ini diaplikasikan.

Katalah lidah kita mengucapkan subhanallah – ertinya Maha Suci Allah. Itu zikir qauli. Namun, pada masa yang sama hati hendaklah merasakan Allah itu Maha Suci pada zat, sifat dan af’al (perbuatannya). Segala ilmu yang kita miliki tentang kesucian Allah hendaklah dirasai bukan hanya diketahui. Allah itu misalnya, suci daripada sifat-sifat kotor seperti dendam, khianat, prasangka dan sebagainya.

•Dimensi kata, rasa dan tindakanJika seorang hamba yang berdosa bertaubat kepada-Nya, Allah bukan sahaja mengampunkannya, malah menghapuskan catatan dosa itu, bahkan menyayangi dan memberi “hadiah” kepadanya. Firman Allah:
“Wahai orang-orang yang beriman! Bertaubatlah kepada Allah dengan taubat yang semurni-murninya, mudah-mudahan Allah akan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu dan memasukkan kamu ke dalam syurga-syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai…”At Tahrim 8
Firman Allah lagi:
“… Sungguh, Allah menyukai orang yang taubat dan menyukai orang yang menyucikan diri” al baqarah 222.

Sifat ini berbeza sekali dengan kita manusia yang kekadang begitu sukar memaafkan kesalahan orang lain. Dan segelintir yang mampu memaafkan pula begitu sukar melupakan – forgive yes, forget not! Hendak memberi hadiah kepada orang yang bersalah mencaci, memfitnah dan menghina kina? Ah, jauh panggang daripada api! Begitulah kotornya hati kita yang sentiasa diselubungi dendam, prasangka dan sukar memaafkan. Tidak seperti Allah yang begitu suci, lunak dan pemaaf. Jadi, apabila kita bertasbih, rasa-rasa inilah yang harus diresapkan ke dalam hati. Ini zikir qalbi namanya.

Tidak cukup di tahap itu, zikrullah perlu dipertingkatkan lagi ke dimensi ketiga. Hendaklah orang yang bertasbih itu memastikan perlakuannya benar-benar menyucikan Allah. Ertinya, dia melakukan perkara yang selaras dengan suruhan Allah yang Maha Suci dan meninggalkan apa yang dilarang-Nya. Yang halal, wajib, harus dan sunat dibuat. Manakala yang haram dan makruh ditinggalkannya. Zina, mengumpat, mencuri, memfitnah dan lain-lain dosa yang keji dan kotor dijauhi. Bila ini dapat dilakukan kita telah tiba di dimensi ketiga zikrullah – zikir fikli!
Sekiranya ketiga-tiga dimensi zikrullah itu dapat dilakukan, maka kesannya sangat mendalam kepada hati. Sekurang-kurang hati akan dapat merasakan empat perkara:

•Rasa kehambaan.
•Rasa bertuhan.
•Memahami maksud takdir.
•Mendapat hikmah di sebalik ujian.
Hati adalah sumber dari segala-galanya dalam hidup kita, agar kehidupan kita baik dan benar, maka kita perlu menjaga kebersihan hati kita. Jangan sampai hati kita kotori dengan hal-hal yang dapat merosak kehidupan kita apalagi sampai merosak kebahagiaan hidup kita di dunia ini dan di akhirat nanti. Untuk menjaga kebersihan hati maka kita juga perlu untuk menjaga penglihatan, pendengaran, fikiran, ucapan kita dari hal-hal yang dilarang oleh Allah SWT. Dengan menjaga hal-hal tersebut kita dapat menjaga kebersihan hati kita. Dengan hati yang bersih kita gapai kebahagiaan dunia dan akhirat.

1• Rasa kehambaan.Rasa kehambaan ialah rasa yang perlu ada di dalam hati seorang hamba Allah terhadap Tuhan-Nya. Antara rasa itu ialah rasa miskin, jahil, lemah, bersalah, hina dan lain-lain lagi. Bila diuji dengan kesakitan, kemiskinan, cercaan misalnya, seorang yang memiliki rasa kehambaan nampak segala-galanya itu datang daripada Allah. Firman Allah:
“Katakanlah (Muhammad), tidak akan menimpa kami melainkan apa yang telah ditetapkan Allah bagi kami. Dialah pelindung kami, dan hanya kepada Allah bertawakal orang-orang yang beriman.” At Taubah: 51

Seorang hamba akan pasrah dan merasakan bahawa dia wajar diuji. Bukankah dia seorang hamba? Dia akur dengan apa yang berlaku dan tidak mempersoalkan mengapa aku yang diuji? Kenapa aku, bukan orang lain? Ini samalah dengan mempersoalkan Allah yang mendatangkan ujian itu. Menerima hakikat bahawa kita layak diuji akan menyebabkan hati menjadi tenang. Jika kita “memberontak” hati akan bertambah kacau.

Imam Ghazali rhm pernah menyatakan bahawa cukuplah seseorang hamba dikatakan sudah “memberontak” kepada Tuhannya apabila dia menukar kebiasaan-kebiasaan dalam hidupnya apabila diuji Allah dengan sesuatu yang tidak disukainya. Misalnya, dia tidak lalu mahu makan-minum secara teratur, tidak mandi, tidak menyisir rambut, tidak berpakaian kemas, tidak mengemaskan misai dan janggut dan lain-lain yang menjadi selalunya menjadi rutin hidupnya. Ungkapan mandi tak basah, tidur tak lena, makan tak kenyang adalah satu “demonstrasi” seorang yang sudah tercabut rasa kehambaannya apabila diuji.

Bila ditimpa ujian kita diajar untuk mengucapkan kalimah istirja’ – innalillah wa inna ilaihi rajiun. Firman Allah:
“…Iaitu orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka berkata sesungguhnya kami milik Allah dan kepada-nyalah kami kembali.” Al baqarah 156

Mengapa kita diperintahkan mengucapkan istirja’? Kalimah ini sebenarnya mengingatkan kita agar kembali merasakan rasa kehambaan. Bahawa kita adalah hamba milik Allah dan kepada-Nya kita akan dikembalikan. Kita layak, patut dan mesti diuji kerana kita hamba, bukan tuan apalagi Tuhan dalam hidup ini.

2• Rasa bertuhan.Rasa kehambaan yang serba lemah, miskin, kurang dan jahil itu mesti diimbangi oleh rasa bertuhan. Bila kita rasa lemah timbul pergantungan kepada yang Maha kuat. Bila kita rasa kurang timbul pengharapan kepada yang Maha sempurna. Bila miskin, timbul rasa hendak meminta kepada yang Maha kaya. Rasa pengharapan, pengaduan dan permintaan hasil menghayati sifat-sifat Allah yang Maha sempurna itulah yang dikatakan rasa bertuhan.

Jika rasa kehambaan menyebabkan kita takut, hina, lemah sebaliknya rasa bertuhan akan menimbulkan rasa berani, mulia dan kuat. Seorang hamba yang paling kuat di kalangan manusia ialah dia yang merasa lemah di sisi Allah. Ketika itu ujian walau bagaimana berat sekalipun akan mampu dihadapi kerana merasakan Allah akan membantunya. Inilah rasa yang dialami oleh Rasulullah SAW yang menenteramkan kebimbangan Sayidina Abu Bakar ketika bersembunyi di gua Thaur dengan katanya, “la tahzan innallaha maana – jangan takut, sesungguhnya Allah bersama kita!”

Rasa bertuhan inilah yang menyebabkan para nabi dan Rasul, mujaddid dan mujtahid, para mujahid dan murabbi sanggup berdepan kekuatan majoriti masyarakat yang menentang mereka mahupun kezaliman pemerintah yang mempunyai kuasa. Tidak ada istilah kecewa dan putus asa dalam kamus hidup mereka. Doa adalah senjata mereka manakala solat dan sabar menjadi wasilah mendapat pertolongan Allah. Firman Allah:
“Dan pohonlah pertolongan dengan sabar dan solat.” Al Baqarah.

Dalam apa jua keadaan, positif mahupun negatif, miskin ataupun kaya, berkuasa ataupun rakyat biasa, tidak dikenali ataupun popular, hati mereka tetap tenang. Firman Allah:
“Dialah Tuhan yang menurunkan ketenangan ke dalam hati orang yang beriman, supaya keimanan mereka makin bertambah daripada keimanan yang telah ada. Kepunyaan Allah tentang langit dan bumi, dan Allah itu Maha Tahu dan Bijaksana.” Al Fathu 4.

Bila hati tenang berlakulah keadaan yang dijelaskan oleh Rasulullah SAW melalui sabdanya:

Maksudnya: Amat menarik hati keadaan orang beriman, semua pekerjaannya baik belaka, dan itu ada hanya pada orang beriman: Jika memperoleh kesenangan, dia bersyukur. Dan itu memberikannya kebaikan (pahala). Jika ditimpa bahaya (kesusahan), dia sabar dan itu juga memberikannya kebaikan.” – Al Hadis.

3• Memahami maksud takdir Allah.Mana mungkin kita mengelakkan daripada diuji kerana itu adalah takdir Allah SWT. Yang mampu kita buat hanyalah meningkatkan tahap kebergantungan kita kepada Allah di samping berusaha sedaya upaya menyelesaikan masalah itu. Ungkapan yang terkenal: We can’t direct the wind but we can adjust our sail – kita tidak mampu mengawal arah tiupan angin, kita hanya mampu mengawal kemudi pelayaran kita.

Kemudi dalam pelayaran kehidupan kita hati. Hati yang bersifat bolak-balik (terutamanya bila diuji) hanya akan tenang bila kita beriman kepada Allah – yakin kepada kasih-sayang, keampunan dan sifat pemurah-Nya. Dalam apa jua takdir yang ditimpakan-Nya ke atas kita adalah bermaksud baik sekalipun kelihatan negatif. Baik dan buruk hanya pada pandangan kita yang terbatas, namun pada pandangan-Nya yang Maha luas, semua yang ditakdirkan ke atas hamba-Nya pasti bermaksud baik.

Tidak salah untuk kita menyelesaikan masalah yang menimpa (bahkan kita dituntut untuk berbuat demikian), namun jika masalah itu tidak juga dapat diselesaikan, bersangka baik kepada Allah berdasarkan firman-Nya:

“Ada perkara yang kamu tidak suka tetapi ia baik bagi kamu dan ada perkara yang kamu suka tetapi ia buruk bagi kamu, Dan sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dan kamu tidak mengetahuinya”
Surah Al Baqarah : 216

Seorang ahli hikmah, Ibn Atoillah menjelaskan hakikat ini menerusi katanya, “barang siapa yang menyangka sifat kasih sayang Allah terpisah dalam takdir-Nya, maka itu adalah kerana pen¬deknya penglihatan akal dan mata hati seseorang.”

Siapa tidak inginkan kekayaan, malah kita dituntut mencari harta. Namun jika setelah berusaha sedaya upaya, masih miskin juga, bersangka baiklah dengan Tuhan… mungkin itu caranya untuk kita mendapat pahala sabar. Begitu juga kalau kita ditakdirkan kita tidak berilmu, maka berusahalah untuk belajar, kerana itulah maksud Allah mentakdirkan begitu.

Kalau kita berkuasa, Allah inginkan kita melaksanakan keadilan. Sebaliknya, kalau kita diperintah (oleh pemimpin yang baik), itulah jalan untuk kita memberi ketaatan. Rupanya cantik kita gunakan ke arah kebaikan. Hodoh? kita terselamat daripada fitnah dan godaan. Ya, dalam apa jua takdir Allah, hati kita dipimpin untuk memahami apa maksud Allah di sebalik takdir itu.

Jadi, kita tidak akan merungut, stres dan tertekan dengan ujian hidup. Hayatilah kata-apa yang ditulis oleh Ibnu Atoillah ini:
“Untuk meringankan kepedihan bala yang menimpa, hendak dikenal bahawa Allah-lah yang menurunkan bala itu. Dan yakinlah bahawa keputusan (takdir) Allah itu akan memberikan yang terbaik.”

Tadbirlah hidup kita sebaik-baiknya, namun ingatlah takdir Tuhan sentiasa mengatasi tadbir insan. Jangan cuba mengambil alih “kerja Tuhan” yakni cuba menentukan arah angin dalam kehidupan ini tetapi buatlah kerja kita, yakni mengawal pelayaran hidup kita dengan meningkatkan iman dari semasa ke semasa. Kata bijak pandai: “It’s not what happens to you, but it’s what you do about it. It is not how low you fall but how high you bounce back!”

4• Mendapat hikmah bila diuji.Hikmah adalah sesuatu yang tersirat di sebalik yang tersurat. Hikmah dikurniakan sebagai hadiah paling besar dengan satu ujian. Hikmah hanya dapat ditempa oleh “mehnah” – didikan langsung daripada Allah melalui ujian-ujian-Nya. Ra¬sul¬ullah s.a.w. bersabda, “perumpamaan orang yang beriman apabila ditimpa ujian, bagai besi yang dimasukkan ke dalam api, lalu hilanglah karatnya (tahi besi) dan tinggallah yang baik sahaja!”
Jika tidak diuji, bagaimana hamba yang taat itu hendak mendapat pahala sabar, syukur, reda, pemaaf, qanaah daripada Tuhan? Maka dengan ujian bentuk inilah ada di kalangan para rasul ditingkatkan kepada darjat Ulul Azmi – yakni mereka yang paling gigih, sabar dan berani menanggung ujian. Ringkas¬nya, hikmah adalah kurnia termahal di sebalik ujian buat golongan para nabi, siddiqin, syuhada dan solihin ialah mereka yang sentiasa diuji.

Firman Allah:

Apakah kamu mengira akan masuk ke dalam syurga sedangkan kepada kamu belum datang penderitaan sebagai¬mana yang dideritai orang-orang terdahulu daripada kamu, iaitu mereka ditimpa kesengsaraan, kemelaratan dan ke¬goncangan, sehingga Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya merintih: “Bilakah datangnya pertolongan Allah?”
(Surah al-Baqarah: 214)

Pendek kata, bagi orang beriman, ujian bukanlah sesuatu yang negatif kerana Allah sentiasa mempunyai maksud-maksud yang baik di sebaliknya. Malah dalam keadaan ber¬dosa sekalipun, ujian didatangkan-Nya sebagai satu peng¬ampunan. Manakala dalam keadaan taat, ujian didatangkan untuk meningkatkan darjat.

Justeru, telah sering para muqarrabin (orang yang hampir dengan Allah) tentang hikmah ujian dengan berkata: “Allah melapangkan bagi mu supaya engkau tidak selalu dalam kesempitan dan Allah menyempitkan bagi mu supaya engkau tidak hanyut dalam kelapangan, dan Allah melepaskan engkau dari keduanya, supaya engkau tidak bergantung kepada sesuatu selain Allah.

Apabila keempat-empat perkara ini dapat kita miliki maka hati akan sentiasa riang, gembira dan tenang dengan setiap pekerjaan yang dilakukan. Sentiasa melakukan kerja amal, tolong menolong, bergotong royong, sentiasa bercakap benar, sopan dan hidup dengan berkasih sayang antara satu dengan lain.

Marilah kita bersihkan hati kita dari segala kotorannya dengan memperbanyak zikrullah. Itulah satu-satunya jalan untuk mencari kebahagiaan di dunia dan di akhirat nanti. Manusia perlukan zikir umpama ikan perlukan air. Tanpa zikir, hati akan mati. Tidak salah memburu kekayaan, ilmu, nama yang baik, pangkat yang tinggi tetapi zikrullah mestilah menjadi teras dan asasnya.

Insya-Allah, dengan zikrullah hati kita akan lapang sekalipun duduk di dalam pondok yang sempit apatah lagi kalau tinggal di istana yang luas. Inilah bukti keadilan Allah kerana meletakkan kebahagiaan pada zikrullah – sesuatu yang dapat dicapai oleh semua manusia tidak kira miskin atau kaya, berkuasa atau rakyat jelata, hodoh atau jelita. Dengan itu semua orang layak untuk bahagia asalkan tahu erti dan melalui jalan yang sebenar dalam mencarinya. Rupa-rupanya yang di cari terlalu dekat… hanya berada di dalam hati sendiri!

Monday 15 November 2010

AIRMATA IBU



Apakah sebenarnya
Terbuku dikalbumu
Apakah erti linang airmata di pipimu

Ucapkanlah padaku
Tak bisa kurungkainya
Rahsia yang kau pendam itu

Aku hanya menduga
Tidak mampu merasa
Sebenar-benar perasaanmu

Pengorbanan yang kau lakukan
Untuk dewasakan ku
Pengorbanan yang kau lakukan
Untuk dewasakanku
Hanya bisa ditangguing oleh hati ibu

Namun kupercaya
Takkan terlerai kasih
Ikatan ini takkan putus

Telah kau telan lara
Dan terima segala
Dugaan dan badai yang melanda...
Duhai ibu


SALAM AIDILADHA



Rasulullah bersabda bermaksud :

" tiada sesuatu amalan yang dikerjakan oleh anak
Adam pada Hari Raya Haji yang lebih disukai
oleh Allah daripada menumpahkan
darah (ibadat korban) "

salam Aidiladha kepada semua. Esok 17/11/2010 - 11 Zulhijjah 1431 Hijrah semua umat Islam akan menyambut Hari raya Aidiladha.
Terima kasih kepada yang maha Esa kerana masih memberi kesempatan untuk meraikan ibadat korban pada tahun ini. InsyaAllah.

hari ni nak balik kampung..hoorayyy..best kan...dah lama tak balik kampung beraya bersama keluarga.
rasanya dah dua tahun kot tak menyambut aidiladha bersama keluarga tercinta. 2 tahun sebelum ni beraya dikampung suami.
tahun ni, tibalah giliran beraya dikampung isteri plak..

ri ni nak balik tapi tak packing baju apa pun. Boleh plak kan...tak excited tul nak balik...
uis.....mana de..sape kata tak excited...suka sangat ni. tadi call ayah, ayah cakap bila nak balik. dah sah-sah ayah ngn ma mengharap anak dia balik. kan...kan..kan...
okey, keluargaku di kampung, tunggu kepulanganku di hari raya esok....moga perjalanan kami petang nant selamat sampai...Amin...

Sunday 14 November 2010

PHONE tertinggal

hari ni kelam kabut giler sampaikan phone tertinggal kat rumah. First time tak bawak tepon pergi kerje.
tension nyer..camne leh tertinggal phone kat umah.

semalam dah sembang ngn nisa.

' esok ibu keje. nisa duk ngn mak Bedah ya,"
" tak nak"

nak, tak nak, nak, tak nak,....pagi ni kejutkan dia bangun...tanya lagi..memang tak nak..
nak pergi keje kul 6.30 tapi nisa merengek2 lagi tak nak bagi ibu pergi kerje.. Mula la kelam kabut. pujuk itu tak nak. pujuk ini pun tak nak.. itu yang phone tertinggal  tu... time tu adik ipar ada kat umah. Pujuk suruh duk ngn cik nana pun tak nak. mainkan dia cd ABC pun tak nak..apa mood dia ri ni tak tau la.

pastu pujuk lagi, nak plak pergi rumah kak bedah. bagi salam tak berjawab. banyak kali jugak la. pintu terbukak. 'masuk je lah'
bagi salam kat dalam rumah pun tak berjawab. tido lagi ke.. tinggalkan beg baju nisa, bakul makanan..bawak nisa balik ..
pujuk lagi suruh tinggal dengan Cik Nana. tak mahu jugak. time tu dah kul 6.45am.  comfirm tertinggal bas...
pastu hantar nisa rumah kak bedah jugak. Skali lagi bagi salam tak jawab-jawab. masuk je la..
Duk dalam umah dia macam orang apa entah. pastu asben dia bangun, baru sedar aku dah tercongok duk menunggu dia nak hantar nisa. aku tanya ' tido ke kak" dia jawab " tak de la. baring-baring. akak pening kepala hari ni baru period"
dia ingat aku ni tunggul... dah sah2 aku hantar anak kul 6.30. dia boleh buat tak sedar.. nak kata tak bagi salam, dah bagi. nak kata tak ketuk pintu, rasanya cam nak roboh aku ketuk pintu..siap dah masuk dalam umah dia tak sedar... lau pencuri masuk aku tak tahu la camne...

pastu tinggalkan nisa, memang sah sah la nisa tak nak..menangis la dia..tapi nak buat camne..dah lewat sangat nak pegi keje ni. terpkasa la dengan berat hari biarkan nisa dengan kak bedah. maafkan ibu ya. ibu keje. nant ibu balik, ibu ambik nisa ya...jangan nakal-nakal tau...
ini yang nak nangis ni....uwaaaaaa......pastu terus pergi keje..oleh kerana dah lewat, cik nana pelawa diri tuk hantarkan...tima kasih cik nana... masuk kete, baru teringat phone kat dalam rumah.. sebab dah lambat, tak boleh nak patah balik amik phone..so tertinggal la phone aku kat rumah diam-diam..lau berdering pun tak de sape nak angkat...sampai la bateri phone habis....sekian...

p/s : the moral of story, jangan siap-siap last minute..jangan kelam kabut.. nant semua tak jadi.

Monday 8 November 2010

..... DEMAM tak sembuh lagi ......

macammana ni?? siksanya diri...bila la aku nak sihat ni..dah nak masuk 3 minggu dah ni...
batuk, selsema, demam je dah kebah.. nasib baik my daughter dah sihat walafiat..senang sikit hati. lau tak..merengek je...manja dia lebih-lebih plak..nak dengan ibu je 24hours.. nak kemana pun susah. pe2 pun alhamdulillah, my daughter dh sihat. cuma selsema ckit lagi tak hilang.. tapi yang sakitnyer..ibu dia plak yang kena...

Nak dijadikan cerita, last week cuti 1 minggu..tak masuk opis langsung..Lau masuk pun half day je ri Isnin lepas. Cuti bukan sesaje..tapi ada benda tak boleh nak elakkan.. separuh mik cuti ihsan (atuk meninggal) separuh lagi mc 3 days...

mmmm, camne dapat mc 3 hari? gini, mula-mula tu nisa demam, pastu berjangkit plak kat ibu dia..ingatkan demam biasa...biasa la badan penat kot...pe tak nyer, berkejar sana..berkejar sini..anak plak demam gak time tu...time tu de kat kg...dari hari sabtu sampai selasa, batuk tak mahu hilang...ma plak risau..biasala ma...memang risau giless ar lau anak dia sakit walaupun sikit jer...so, rabu tu pagi2 lagi ma dah ajak gi spital....hahhhhhhh...spital..nape tak g klinik jer...

pastu lam kul 9 sampai la kat spital Besut tu...siyess tak nk pegi lagi spital tu...tahu kenapa?? berjam-jam tunggu...wasting time...dont like....tak suker........................ dah sampai nombor aku,  masuk bilik tuk ambik darah. problem plak...yang mik darah aku tu, nurse pelatih. korang tahu apa dia buat..dia cucuk lengan aku, nak amik darah, skali dia stop, bila nak tarik balik, darah tak kuar..pastu dia masuk tolak masuk...dia ingat aku ni eksperimen dia? sakit tau...sib baik aku leh sabar..sabar..sabar..pastu dia panggil puan dia. dia cakap darah dah beku dah tersumbat itu yang tak mahu keluar. pastu dia mik jarum lain dia cucuk kat lengan aku lagi satu..so dua-dua lengan aku kena cucuk...

pastu, dh ler menunggu lama, satu-satu dia nyer prosedur...doktor lambat plak tu...bila dah lambat, walaupun lmbat sikit, memang ramai la orang duk menunggu giliran.. tengah hari break plak tu. so kitaorng pun pegi la makan dulu.. masuk kul 2. dah kul 2, nombor tak gerak2. tension nyer...aku geram je nak blah..pastu ma cakap, sabar la..jap je lagi tu... dah sampai nombor aku, masuk bilik jumpa doktor. doktor tanya." bape hari dah demam" aku cakap dah dekat seminggu..dia chek, tak de pe, tapi demam naik la. so dia suh masuk ward...apa plak kena masuk ward kan..aku tolak, pastu doktor bagi aku MC 3 days  start wed...itulah dia penangan 3hari dapat mc.

habis rawatan, amik ubat ..banyak giless doktor suh makan, lam kul 4 lebih baru setle...seharian duk spital...serik nak pegi lagi..tak nak pegi lagi pas ni...........

ubat yang doktor bagi suruh makan..tapi tak makan pun..tak suka makan ubat..tapi hari ni bawak ubat ke opis coz mmg tak sembuh2 lagi ni...so korang semua, KENA MAKAN UBAT.....baru boleh sihat...InsyaAllah...

 lau makan ubat ni, mengantuk giler..memang mata nak pejam je.




.... continue.. FEVER..wut happen ?? ....

mmm, lama nye tak update blog ni.. rasanya dah seminggu lebih dah..
bz sesangat...nak sambung entry sebelum ni ...

1 november 2010 :

Noon at opis- dapat call dari abg Li, mengatakan Chik dah tak de..Chik dah meninggalkan kami semua.
Time tu baru nak gi lunch ngn kawan..amik keputusan, tak pegi lunch, nak balik nak siap2 balik Terengganu.
rasanyer baru je balik Trg semalam. Lau korang baca entry lepas ' ..... FEVER ..... " ade bagitahu..so, dah balik, husband jemput kat train komuter. dah sampai umah terus amik nisa, siap-siap nak balik kampung..balik ngn Kak long & Abng Li..asben tak balok coz, banyak keje yang nak diuruskan..ok. fine..balik ngn K lOng jer. Alhamduliilah, malam baru samapi kat kampung. tak sempat pun nak tengok arwah buat kali terakhir.

kitaorng dah badjet, memang tak sempat lau nak tengok untuk kali terakhir. tapi tak pe, lagipun kitaorang baru je balik hari minggu tu (Sabtu & Ahad)..sempat gak aku bersembang dengan arwah. time tu dah nak balik KL dah..aku cakap la

"Chik, kita nak balik KL dah ni"
"dalam suara yang tersekat-sekat...nak balik dah"

itu je yang aku dapat paham..yang lain, aku tak berapa nak paham apa yang dicakapkan..coz, chik memang dah tak berapa sihat dah..
pe2 pun, sekurang-kurangnya aku dapat dengar suaranya buat kali terakhir...

Arwah meninggalkan kami semua pada 1 november 2010 - Isnin -  jam 12:00 tengahari.
Selamat dikebumikan lepas Solat Asar.

Semoga rohnya sentiasa dicucuri rahmat serta ditempatkan bersama orang-orang yang beriman. insyaAllah.. Al-fatihah.