BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday 19 October 2010

...Remy Ishak , Tiz Zaqyah sedang bercinta ?.....

 Bergandingan di TV sudah, di filem pun sudah...Nampaknya keserasian dan ikatan itu sudah terjalin dengan baik. tapi ini bukan hal bergandingan dalam naskhah drama Nur kasih ataupun mana-mana produksi...Tetapi ada sumber yang mendakwa terserempak dengan Remy ishak dan Tiz Zaqyah berpegangan tangan ketika menyaksikan acara MotoGP baru-baru ini.

Sudah adat mata melihat pastilah ingin menyaksikan pemandangan yang indah-indah.. Menurut sumber, sedang dia asyik memerhatikan awek-awek yang menarik di sekitar acara Moto GP, dia terpandangkan seorang gadis putih gebu berpegangan tangan dengan seorang lelaki perkasa. Bila ditilik-tilik, rupanya dia kenal benar dengan dua jasad yang berada di depannya. Terus dia terimbaskan kembali ikatan kasih sayang Remy Ishak dan Tiz Zaqyah dalam kisah Nur Kasih. Tidaklah dapat dipastikan sama ada mereka berdua ini sudah mendapat nur untuk membina perhubungan cinta

Tetapi kata sumber, aksi berpegangan tangan mereka sudah jelas menunjukkan mereka seperti berada dalam sebuah perhubungan yang suci. Tiz dan Remy memang sudah bersahabat baik sejak sama-sama menjadi tunjang drama berkenaan, lantas persahabatan itu terbawa hinggalah ke luar lokasi dan selalulah mereka bertanyakan khabar jika jarang bertemu. Kalau benar mereka bercinta janganlah berahsia. Takut pelbagai cerita keluar nanti. - Kosmo

0 comments: